PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan mutasi baharu virus COVID-19 di Malaysia, yang dikenali sebagai A701B, hasil kajian terhadap sampel dari Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mutasi itu dikesan hasil ujian terhadap 60 sampel daripada kluster Benteng Lahad Datu.
Katanya, Kementerian Kesihatan belum dapat menyimpulkan sama ada mutasi baharu itu memiliki tahap kebolehjangkitan yang tinggi atau bersifat ‘ganas’.
Sumber: Berita Harian