fbpx

Rekod 27 tahun Jackson dipecahkan

PARIS: Pelari Amerika Syarikat (AS), Grant Holloway memecahkan rekod bertahan lama Colin Jackson menerusi acara 60 meter (m) lari berpagar dalam dewan pada saingan di Madrid.

Juara dunia acara 110m itu melakukan catatan 7.29 saat (s) untuk mengatasi rekod Jackson yang dilakukan pada 1994.

Holloway sudah mencatatkan 7.32s pada peringkat saringan sebelum melakar rekod dunia baru itu manakala Andrew Pozzi menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan 7.51s.

Atlet berusia 23 tahun itu berada pada prestasi terbaik sepanjang musim sejuk apabila melakukan catatan di bawah 7.40s sebanyak 10 kali.

Dua larian pantas yang dipamerkannya semalam adalah rentetan daripada aksi konsisten sebelum itu termasuk melakukan catatan 7.32s di Lievin pada 9 Februari dan 7.35s di Fayetteville pada 24 Januari.

Holloway tidak pernah tewas sepanjang 41 perlumbaan acara 60m sejak melakukan penampilan pertama di pentas senior empat tahun lalu.

Dia perlu menunggu dua tahun lagi untuk menyinar pada Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia.

Kejohanan yang sepatutnya berlangsung di Nanjing itu ditangguhkan kepada Mac tahun ini berikutan pandemik Covid-19 namun terpaksa ditangguhkan sekali lagi sehingga 2023.

Bagaimanapun ramai yang ingin tahu apakah Holloway dapat mengatasi catatan masa terbaiknya 12.98s dalam acara 100m lari berpagar pada Sukan Olimpik Tokyo tahun ini.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts