APABILA tibanya bulan mulia, Ramadan Kareem, pasti kita dapat melihat setiap individu tampil berpakaian lebih sopan.
Tidak kiralah selebriti atau orang biasa, semua nampak sangat menghormati bulan yang penuh kerahmatan itu.
Terbaharu, pelakon Hollywood terkenal, Jada Pinkett Smith mencuri perhatian warganet apabila mengenakan kain batik sarong dan berhijab.
Menerusi perkongsiannya di Instagram pada Sabtu lalu, dia berpakaian seperti itu ketika menemani suaminya, Will Smith berlari pada waktu pagi di negara Timur Tengah.
Rata-rata perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya seluruh dunia yang memuji kecantikannya berkain batik tersebut.
Selain itu, warganet juga memujinya disebabkan mencuba menggayakan pakaian yang menutup aurat walaupun berlainan agama.
Rata-rata perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya seluruh dunia yang memuji kecantikannya berkain batik tersebut.
Megan Sims – Salam, kamu kelihatan hebat.
hiraqadri – Cantik. Dan terima kasih banyak kerana menghormati dan berfikiran terbuka.
naturally_nica – Glamour sangat subjektif. Anda kelihatan cantik .
hanane9288 – Semoga kedamaian bersamamu. Awak masih cantik. Saya rasa tudung adalah cara untuk mengatakan tidak kepada kod kecantikan moden yang diberikan oleh tekanan pemasaran dan masyarakat. Namun, semua orang bebas berpakaian seperti yang dikehendaki. Semoga kedamaian bersamamu Jada.
Sumber: Sinar Plus