KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai siapa pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara akhirnya terjawab selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan E Elavarasan bagi mengemudi pasukan itu.
Pelantikan Elavarasan dilihat tepat memandangkan beliau juga terbabit dalam barisan kejurulatihan skuad senior Harimau Malaya sebagai penolong jurulatih.
Justeru, ia mungkin boleh membantu kesinambungan dan falsafah dari skuad B-23 dengan skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan Gon.
Elavarasan akan dibantu penolong jurulatih dari Sepanyol, Juan Torres Garrido, Kris Yong (jurulatih penjaga gol), Park Ji Hyeon (jurulatih kecergasan) dan Lee Jeyoon (jurulatih analisis prestasi).
Terdahulu, Brad Maloney melepaskan jawatan pada bulan lalu selepas gagal di Piala Asia B-23 di Uzbekistan dengan gagal melepasi peringkat kumpulan.
Sumber: Berita Harian