fbpx

3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel

Kuala Lumpur: Seramai 3.61 juta atau 27.8 peratus daripada jumlah 13.01 juta keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun telah memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM11.52 bilion setakat 24 Jun 2024.

Dalam pada itu, sebanyak RM5.12 bilion pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan, kata Kementerian Kewangan (MoF).

“Seramai 3.16 juta ahli atau 24.3 peratus daripada jumlah 13.01 juta keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun telah membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel melibatkan amaun pengeluaran sebanyak RM7.81 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa.

MOF berkata, inisiatif berkenaan adalah langkah proaktif untuk membantu rakyat menghadapi perubahan landskap pekerjaan, penuaan penduduk serta perubahan keperluan mengikut kitaran hayat ahli KWSP.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts